04 February 2011

Anda fikir anda manusia hebat? Hebat benarkah anda?


 
Ramai ahli falsafah cuba untuk mentafsirkan apakah faktor yang menyebabkan seseorang manusia biasa boleh menjadi luar biasa. Namun pada kite daie ilallah, sudah tentu kita tidak berpegang pada neraca ahli falsafah semata-mata kerana hakikat kehebatan adalah menurut Islam yang kita cintai ini. Sebuah dustur yang diturunkan untuk manusia dan aplikasinya untuk manusia, bukan untuk menjadi perangkap habuk-habuk di atas almari kaca dan juga alat pembangga manusia yang kurang mengerti di mana Al-Quran perlu diletakkan. Pastinya bukan hiasan tapi ia bertakhta dan letaknya di hati..kemas lagi rapi

Ikhwah akhawat yang di kasihi, pengertian kehebatan seseorang manusia terletak pada neraca langit, yakni neraca yang ditentukan oleh Allah swt untuk menentukan kesejagatan dan kedamaian umat manusia. Allah swt berfirman dalam Al-Quran mafhumnya sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.Justeru jadilah pemuda dan pemudi yang saban waktu mengingati Allah.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka
(Kahfi:13)

Oleh itu sahabat sekalian, kita sudah sedia maklum akan keutamaan beramal soleh untuk menggapai redha Allah swt. Namun bagi kita bukanlah kita hendak meperbaiki diri kita semata-semata, tetapi juga rakan-rakan di sekeliling. Rakan-rakan yang baik akan menghasilkan persekitaran yang baik. Moga segala kebenaran yang terpampang di depan mata mampu melahirkan hati kita yang hidup dan dikongsi bersama bukan hanya buat diri sendiri sahaja..teringat pula status ym sahabat saya.apa yang datang dari hati terbias pada aksi..tersentuh lak ngan frasa ni..mmm moga tindakan yang kita lakukan adalah imbalan dari neraca Allah.

Berbalik kepada ayat di atas, menjadi manusia bertakwa adalah semulia-mulia manusia. Cuba sahabat-sahabat bayangkan semulia mana manusia yang bertaqwa dan mengajak dan mengajar orang supaya bertaqwa kepada Allah? Maka disitu tentulah darjatnya tidak sama dan pahalanya berbeza-beza. Berdasarkan itu dapat kita simpulkan dari tajuk kita, siapakah the great man?

The great man is a man who makes other great men.

Semulia dan sehebat manusia ialah Rasulullah saw. Kita lihat bagaimana baginda dapat membina sahabat yang terkenal dengan kehebatan masing-masing. Baginda hebat kerana dapat membina sahabat-sahabat yang hebat. Dan hingga akhirnya Islam mencapai ustaziatul alam dan membawa rahmat ke seluruh dunia.

Allahu akbar!! Allah Maha Besar!! Allah The Greatest. Itulah puncak kehebatan yang ada. Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad yang hebat, menurunkan al-Quran yg hebat, dan menjadikan Islam yang hebat sebagai Deen manusia.

Ikhwah akhawat sekalian, janganlah berputus asa dalam dakwah. Jadilah insan yang hebat, dalam ertikata orang yang hebat ialah orang yg menjadikan orang lain hebat. Kisah manusia hebat bukanlah terbukti dia hanya hebat seorang diri, tapi boleh membangkitkan beribu malah jutaan manusia lainnya. Seperti kata-kata Hasan al-Banna ketika ditanya mengapa beliau tidak menulis buku sedangkan dia ulamak hebat. Tapi daie ilallah ini menjawab, Aku hanya berminat menulis manusia. Juga insan lumpuh yang hebat bernama Syeikh Ahmad Yasin, ketika ditanya tidak takutkah beliau dibunuh oleh Israel. Beliau menjawab, Andai seorang Syeikh Ahmad Yasin terbunuh, akan bangkit seribu lagi syeikh Ahmad Yasin!
Mari menjadi insan yang hebat!! Ayuh bangkitlah gegarkan dunia

No comments:

Post a Comment