24 January 2011

Day 10: Munirah sayang Allah


"Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah you`ll find your way.."
 
Bait-bait indah dari kanda Maher kesayangan saya berkumandang di komputer riba. Harini walau tak sesibuk mana tapi agak memenatkan. Astaghfirullah, berkurang pahala puasa saya bila asyik merungut letih letih letih harini. Alhamdulillah, syukur sekali dengan nikmat Allah apabila dapat menyuapkan nasi ke mulut. Terus  rancak perut bekerja apatah lagi harini berpeluang membeli makanan di kolej proton, kafe yang memang terkenal sangat dengan makanan-makanan yang enak dan murah. Terima kasih sahabat tersayang, NADIA, NADIAH, ZAINURUL, DAN ILA. Teruja betul kita memilih lauk tadi :) Moga Allah kuatkan diri dan tubuh badan saya untuk menghabiskan puasa seminggu ini insyaAllah.
 
Berjuta bintang bertaburan di langit malam bumi UUM. Bumi barakah yang begitu damai buat pencinta ilmu dan keindahan alam. Saya kerap kali berkecil hati bila ada yang mengatakan bahawa UUM adalah sebuah universiti low class, tak popular, dan nothing. Bagi saya, selagi mana tempat itu menjadi tempat menuntut ilmu, didiami para pencinta ilmu, dan menyumbang kepada pembangunan ilmu, maka tidak ada sudutnya untuk menyatakan sebegitu. Yang pasti, selama hampir 4 tahun disini, di hutan ini, saya rasa begitu dirahmati. Bersama-sama sahabat yang sangat memahami, jadi tempat saya menumpang kasih pengganti sementara ayah dan bonda yang jauh di mata. Di bahu sahabat2 lah tempat saya menangis tatkala saya sedih, di ribaan sahabat2lah tempat saya bermanja dam memadu kasih. Susah bersama-sama, kadang2 kalau kewangan berkurang, memang tak kisah jika terpaksa berhutang. Asbab memahami bahawa kehidupan sebagai mahasiswa itu terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh, maka masing2 berusaha memainkan peranan sebagai sahabat yang terbaik. Subhanallah, syukur kerana 4 tahun itu bakal berakhir nanti. Semoga semuanya dipermudahkan Ya Allah.
 
Petang tadi, saya telahpun mencabar pertahanan diri apabila saya akhirnya menelefon dia. Saya memang tak pernah membuat perjanjian untuk tidak menghubungi dia tapi, saya sebenarnya segan untuk bercakap dengan dia bila tidak ada hal-hal yang penting. Saya malu dan amat segan sekali untuk melakukan itu, berbeza seperti beberapa bulan yang lalu. Saya tidak dapat membohongi dia bahawa mak dan ayah kerap sekali bertanya tentang dia. Saya tahu, mak dan ayah suka malah sayangkan dia. Namun, saya tidak ada alasan atau jawapan untuk mengatakan tidak kepada mak dan ayah bila masing-masing mengatakan ingatan terhadap dia. Dan saya sendiri sedikit pun tidak berharap agar dia rasa yang sama. Siapa saya untuk membaca hati orang apatah lagi saya sedar bahawa hati dia bukan untuk kami saja malah ramai lagi hati2 di luar sana dan kami tidak istimewa mana untuk mendapat tempat di hati dia. Noktah. 

Jam 5 petang, kakak menghubungi saya. Dalam mamai sebab terlelap, saya angkat dan terdengar suara ceria kakak dihujung telefon. Seperti biasa, kakak akan share perjalanan kerja nya seharian. Harini kisahnya mengenai poligami. Seorang suami, bekerja bagus, orang agama, dan penyayang sekali. Telah berkahwin sekali lagi dengan seorang gadis berusia 28 tahun tanpa keizinan isteri pertama. Isteri pertama datang ke firma kakak. Katanya dia memang tak boleh menerima kenyataan dan rela dilepaskan. Astaghfirullah..
"Poligami, sangat perit bagi yang merasa, terpaksa telus bagi yang mengurus, terpaksa katakan yg benar bagi yg menghakimi, sangat risau bila dpertikaikan..dan dipersoalkan. Yg nyata itu adalah HAK tak boleh dipertikaikan..meski jauh dsudut hati menolak, jgn sekali menzahirkannya kerana ia hukum tuhan,...selagi mana x memudharatkan" 
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An-Nisaa' 4:3)"
Kakak menyampaikan berita mengenai kursus 29 Februari akan datang. Nampaknya hanya ayah yang boleh hadir mewakili saya dan mak. Dan satu lagi khabar, tiket telah pun dikonfirmkan. Bertolak dari Kuantan malam 10 Mac, dan flight KLIA-PAKISTAN-JEDDAH, 10 Pagi 11 Mac. Maha suci Allah, permudahkan la perjalanan ini. Amin.

Dulunya aku diselimuti keliru,

antara tahu dan mahu,

menjadikan aku lesu,

tenggelam dalam nikmat dunia yang palsu.

Namun masa mengubati sanubariku.

Kalam Illahi pengubat rindu,

Sahabat sejati anugerah daripada-Mu,

Menutupi lubang-lubang kekosongan itu

agar hati terisi dengan cinta pada-Mu..
 
Kuhiburkan diri ini

dengan berbagai harapan yang kunanti.

Alangkah sempitnya hidup ini,

bila jauh dari pegangan Rabbul Izzati.

Biarlah kalimah tauhid itu,

mekar di bibirku, berbunga dalam kalbuku,

hatta sekembaliku ke destinasi yang SATU

kuharapan jiwaku masih kekal di sisi-Mu...

Ya Rahim, peliharalah daku dalam naungan cinta-Mu...

Ya Illahi, ampunilah dosa-dosaku...

Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agama. Bukan semuanya berita sedih dan duka. Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, dia perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Ada ketika, dia datang minta dinasihati. Pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.

Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi dirimu yang terluka, rawatilah...Luka itu akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Coretan untuk Nur Munirah, gadis si cahaya yang terang dan semua. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. Salam mahabbah buat semua. 
 
"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka bagi mereka syurga tempat kediaman sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Dan adapun orang-orang fasiq maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya mereka dikembalikan lagi ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: Rasakan siksaan neraka yang dahulu kamu dustakan."
(Surah As-sajadah : 19-20)

No comments:

Post a Comment