24 January 2011

Jazakillah atas doanya..

Apabila dikatakan manusia. Semestinya hidup itu akan dihitung ke mana dimanfaatkan atau ke mana kita bazirkan. Manusia mudah leka. Kadangkala lemah tak terkata. Semestinya nasihat dan renungan mampu menjadi stimulus mahupun pemangkin agar mengorak langkah lebih jauh kehadapan. Pasang surutnya iman itu menjadikan manusia dahagakan sentuhan kalam-kalam tarbawi. InsyaAllah dua pesanan yang ingin dikongsi.



"Inginkan mutiara selamilah lautan,




inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,




inginkan kejayaan hadapilah pengorbanan.




ketahuilah setiap kepahitan itu terkandung seribu kemanisan"


Ya benar, bukan mudah untuk mengecapi nikmat bahagia. Bahkan dalam Al-Quran termaktub sudah. " Selepas kesulitan akan ada kemudahan". Itu janji Allah bukan. Maka dituruti pula pesanan ringkas yang kedua yang ingin di kongsikan. Mungkin biasa tapi malam ini saya cukup terasa...


"Semoga berjaya menjadi insan penuh bercahaya dalam rahmatnya...Yang tetap tersenyum dalam duka, yang tetap mara dalam bahaya, tidak kalah pada amarah, tidak melatah walau disergah...kuat dalam menongkah arus, tabah mencari jalan yang lurus..kejayaan menanti kegembiraan pasti untukmu nanti" 
Ameen...Jazakillah atas doanya. Moga Allah kuatkan diriku, dirimu dan kalian jua. Jom ikhlaskan hati dalam beramal dan sama-sama bersegera dalam kebaikan. Senyumlah tak kira apa yang bermain di hati. Itu antara pengubat hati sendiri. Moga Allah pimpin kerja-kerja kami dan redha atas usaha-usaha kami.

Dan dalam hadith at-Tabarani diriwayatkan “Allah mengasihi si hamba yang apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan ia melaksanakan dengan cermat dan sempurna (an-yutqinahu, atau yuhsinahu)”.



"Dan berjihadlah (berjuanglah) kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dia telah memilih kamu dan Dia sesekali tidak menjadikan untuk kamu kesempitan dalam beragama"


(Surah al-Hajj: Ayat 78);

No comments:

Post a Comment