24 January 2011

Kisah seketul daging

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


SETIAP manusia dikurniakan Allah hati.
Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;


1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t


2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.


3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak. Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.

Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara

Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;
Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;
Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;
Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram.
Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;
Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.

Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.

Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:


Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya.

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf: 200-201).

Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan. Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih. Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

R.A, Rasulullah SAW bersabda : 

“Manusia, dua matanya itu pemberi petunjuk. Kedua telinganya itu corong. Lidahnya itu juru bahasa, Kedua tangannya itu sayap. Kedua kakinya itu pos. Dan hatinya itu raja. Apabila raja itu baik, nescaya baiklah tentera-tenteranya”. [HR Abu Na'im dan Thabrani].

Kerana hati merupakan pusat sejati dari seorang manusia, Allah Ta’ala menaruh perhatian khusus padanya. Rasulullah SAW bersabda, 
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh kamu dan tidak pula kepada rupa kamu, tetapi Dia memandang kepada HATI kalian”. [HR Muslim]

Bahkah kerana demikian khusus posisinya, maka baik atau tidaknya suatu amal bergantung sekali dengan hati. Untuk itulah dalam sebuah hadith dikatakan, bahawa amal itu bergantung kepada niatnya. Sedangkan niat itu bertempat di hati.


Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu.
[QS. Al Ahzab (33) : 5]


Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja oleh hatimu. 
[QS. Al Baqarah (2) : 225]


Apabila cahaya iman yang memantul di hati, Allah SWT menuntun seorang dari kejahilan tentang Allah SWT menjadi ma’rifatullah. Dari ketidaktahuan tentang pelik-pelik dan hakikat-hakikat agama menjadi pemahaman dengan keyakinan. Dengan cahaya iman Allah SWT menuntun seorang ke Siraathaal Mustaqiim.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka kerana keimanannya
[QS. Yunus (10) : 9]
Sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada shiraathal mustaqiim. 
[QS. Al Hajj (22) : 54]


Dengan cahaya yang memantul di hatinya, seorang mukmin dapat menyaksikan ayat-ayat Allah tanpa terbatasi oleh ruang dan waktu. Dapat menyaksikan keghaiban kerajaan langit (alam malakut) beserta isinya.


Suatu ketika Rasulullah SAW sedang berjalan-jalan. Beliau bertemu dengan seorang sahabat Anshar bernama Haritsah. Rasulullah SAW bertanya: “Bagaimana keadaanmu ya Haritsah?” Haritsah menjawab : “Hamba sekarang benar-benar menjadi seorang mukmin billah”. Rasulullah SAW menjawab: “Yaa Haritsah, fikirkanlah dahulu apa yang engkau ucapkan itu, setiap ucapan itu harus dibuktikan!” Haritsah menjawab : “Ya Rasulullah, hawa nafsu telah menyingkir, kalau malam tiba hamba berjaga untuk beribadah kepada Allah dan di waktu siang hamba berpuasa…” Sekarang ini hamba dapat melihat Arsy Allah tampak dengan jelas di depan hamba… Hamba dapat melihat orang di syurga saling kunjung mengunjungi, Hamba dapat melihat orang di neraka berteriak-teriak…”Maka Rasulullah SAW berkata : “Engkau menjadi orang yang Imannya dinyatakan dengan terang oleh Allah SWT di hatimu”.
[Hadits Riwayat Anas Bin Malik]


Tidak aneh! Sebab dengan cahaya iman inilah seorang mukmin yang dicintai-Nya, melihat dengan penglihatan-Nya, mendengar dengan pendengaran-Nya, memukul dengan tangan-Nya. Dan tiada cara bertaqarub (mendekatkan diri) dari seorang hamba yang lebih Aku sukai melainkan melaksanakan hal-hal yang Kufardhukan. Namun hamba-Ku itu senantiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan hal-hal yang sunnah, sehinggapun Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku menjadi alat pendengarannya yang dengannya dia mendengar. Aku menjadi alat penglihatannya yang dengannya ia melihat. Aku menjadi tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku sungguh Aku akan kabulkan, dan jika ia memohon akan perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya. 
[Hadits Qudsi riwayat Bukhari]

dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. [QS. Al Anfaal (8): 17]


Dari Abi Said Rasulullah SAW bersabda :”…takutlah kamu akan firasat orang-orang mukmin, sebab mereka memandang dengan cahaya Allah…” 
[HR Tirmidzi]

Dari Ummu Salamah R.A, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila dikehendaki oleh Allah kebajikan pada seorang hamba, niscaya dijadikan-Nya orang itu memperoleh pelajaran dari hatinya.” 
[HR. Abu Manshur Ad-Dailamy].

Dari Abi Said Al Khudry, Rasulullah SAW bersabda : “Hati orang mukmin itu bersih, padanya pelita yang bercahaya gemilang.” 
[HR. Ahmad dan Thabrani].

Berkata Wahab bin Munabbih, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : Allah Ta’ala telah berfirman : “Sesungguhnya semua petaka langit dan bumi akan menjadi sempit untuk merangkul Zat-Ku, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh hati seorang Mu’min.” 
[HR. Ahmad]

.....dan kisah itu pun bermula.

Daku lahir sebagai seorang perempuan yang selalu menjadikan kata-kata hati itu sebagai petunjuk dan rujukan dalam membuat keputusan bersama redha dari Allah. Pesanan ayah, "Percaya pada kata hatimu. Hatimu memberi fatwa." Ayah selalu menasihati supaya sentiasa tenang apabila dilanda masalah, menahan amarah dan tersenyum kepada sesiapa saja walaupun hati disakiti. Wahai ayah cinta hatiku... Betapa lemahnya anak mu ini. Sering diri ini rebah malah hampir tersungkur dengan ujian dan dugaan yang kerap hadir. Tak terhitung rasanya airmata yang mengalir kerana kecewa dengan manusia-manusia yang datang dan pergi. Tatkala diri jauh di bumi ilmu ini, terasa hati begitu meronta-ronta ingin pulang ke pangkuanmu, memelukmu dan mencium pipi dan dahimu ayah. Kerana itu pastinya bisa membuatkan hati ini tenang dan rasa dilindungi. Subhanallah..... Ayah, kerana kata hati inilah anakmu ini dengan nekadnya membuat satu keputusan untuk memilih memasuki tingkatan 6 dulu. Tawaran ke matrikulasi sains hayat diabaikan hanya kerana kata hati ini kuat memilih utk ke tingkatan 6 hanya kerana minat untuk mengambil Undang-undang. Alhamdulillah, berkat Allah, berkat doamu ayah dan juga bonda, kata hati ini rupanya yang terbaik buat anakmu ini. Berjaya dalam STPM, mendapat biasiswa tajaan JPA, dan menjejakkan kaki ke law faculty adalah hadiah yang terbayar atas penat lelah dan keyakinan atas pilihan dan kata hati itu. 

2010, adalah tahun penuh revolusi dan perubahan dalam hidup anakmu ini. Terasa dalam diri ini, mengalir semangat dan kekuatanmu ayah. Kata hati ini kuat memberi jalan supaya diri kembali mencari jalan untuk mentarbiyyah diri, mengutip kembali ilmu-ilmu yang telah hampir terabai. Di tengah-tengah perjalanan itu, hadir seorang insan yang begitu istimewa, membimbing dan memberi kebahagiaan kepada diri ini. Subhanallah... Mengenalinya di bulan ramadhan, adalah satu barakah dari Allah yang begitu indah. Maka setiap jalan-jalan dalam ukhuwwah itu, ku dahulukan dengan doa dan istikharah. Percaya dengan takdir Allah yang memberi peluang untuk mengenalinya, dan juga kata hati yang saban masa kuat sekali mencipta rindu pada dia maka ku panjatkan doa, doa cinta dan kasih supaya ukhuwwah itu berpanjangan dan diredhai Allah. 
"Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta..."
Dan hari ini, diri terasa ingin berlari jauh sekali. Hampir menghukum hati kerana kali ini, kata-kata hati itu tidak benar. Duhai hati, sanggup kah kau menguji pemilikmu sendiri? Maha suci Allah...subhanallah... 


No comments:

Post a Comment