24 October 2011

Pilihan Yang Kita Ada


Pada suatu petang, seperti biasa dan menjadi kebiasaannya saya bertanya khabar dia. Satu perenggan pendek sms saya layangkan. Dan tak lama selepas itu, saya terima balasannya.

‘Saya nak pegi klang ni. Rumah kawan zul. Zul nak bagi dia cincin.’

‘Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan zul dan pasangan. Tumpang gembira untuk keduanya. Semoga Allah berkati niat menyempurnakan separuh dari agama.’ 

Mendatar jawapan saya, tanpa symbol ‘smiley’ sebagaimana selalu.

‘Amin. Hihi. Ada di mana ni? Saya singgah stesyen minyak, solat asar dan basuh kereta. Awak sihat? Dah solat asar? Ayat awak ni macam setara je. Lain macam je. Kenapa?’

Memang. Memang lain mcm. Sebenarnya saya nak cakap macam ni:

'Alhamdulillah. Seronoknya bakal suri hidup zul tu. Mesti dia terharu dan gembira sangat. Awak tak rasa nak buat macam tu dekat saya ke?’

Nyata, tanpa menaip ayat itu di skrin sms pun, dia mampu meneka tepat. Saya katakan pada dia, sms saya mendatar sebab saya ada di taman tasik bawa anak-anak buah main-main. Betul, saya kat situ tapi mendatarnya sms tu memang dari hati saya. 

‘InsyaAllah, teruskan berdoa dan usaha ye. Solat baik-baik. Doa ye. Jangan putus asa tau.’

Sms petang itu, saya matikan disitu. Saya termenung jauh. Betapa Allah menguji tahap kesabaran saya menanti penghujung kisah ini. Kadang datang rasa lelah dan putus asa. Jiwa saya sering memberontak. Tapi setiap kali itu juga, akan datang satu perasaan luarbiasa, yang memujuk hati supaya bertenang dan sabar menanti. Tapi sampai bila?

‘Assalamualaikum. Tengah sembang dengan zul ni. Budak perempuan tu dah terima orang lain dah. Sian zul, sedih je.’

Allahu rabbi. Terdiam saya. Jadi cincin tu macam mana? Kenapa boleh jadi macamtu? 

‘Selama zul di Jordan, zul tak pernah berhubung dengan budak tu. Zul ckp, dia nak rasa cinta selepas nikah. Zul balik je, terus nak bagi cincin. Tapi budak tu dah terima orang lain. Sian zul, sedih je.’

Saya mengucap panjang. Betapa hebat aturan Allah. Hanya dia yang maha mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNya di muka bumi ini.


'Alhamdulillah zul. Zul dah menunaikan janji. Balik dari Jordan, zul terus pegi membawa hasrat hati, membawa cincin tanda mengikat janji. Tapi siapalah kita untuk mengubah takdir dan kenyataan. Dia tidak tercipta untuk menjadi suri hidup zul. Pasti ada yang lebih baik sedang direncana Allah buat zul. Yang pasti, zul ikhlas menunaikan janji.  Zul perlu merasa bangga sebab miliki hati yang yang ikhlas dan jujur. Pasti hati zul itu akan menemui belahan satu lagi, yang pasti sehebat hati zul yang ikhlas itu.'

Saya bermonolog di dalam hati. Walau saya hanya tahu tentang zul dari dia, tapi saya tumpang terasa. Doa saya buat zul, semoga zul terus tabah.

Memang benar, kita semua mendamba keindahan cinta selepas nikah. Cinta yang selayaknya disyariatkan agama. Cinta selepas nikah, mampu menutup pintu-pintu maksiat lantas membuka pintu-pintu indah cinta demi syurga Allah. Namun jika sebaliknya yang diberikan, kita masih mampu mencorak perhubungan supaya syariat tidak diabaikan. Pelihara batas-batas berhubungan dan bertaaruf sebagaimana layaknya. Mungkin, sebagai perempuan kata putus dalam hubungan amatlah diharapkan. Membiarkan hubungan tergantung sekian lama, hanyalah ibarat membiarkan perasaan tersiksa dan terus tersiksa.  Saya memahami perasaan zul dan lebih lagi memahami perasaan pasangan zul itu.  Di usia 24 tahun ini, lebih-lebih lagi bila tamat belajar dan bekerja. Desakan keluarga dan persekitaran adalah faktor menyebabkan si dia tidak mampu tunggu lama. Maka sebab itu, pinangan yang datang di terima. Dan itu adalah suratan takdir dan jodoh.

Nota 1: Semoga dipermudahkan usaha kita untuk langkah seterusnya. Amin.

1 comment:

  1. Nangis baca kisah ni. Aturan Allah lebih baik, semoga Zul tabah :) Insha Allah.

    ReplyDelete