24 October 2011

Das Ende

Assalamualaikum WBT.

Jam 1:30 pagi. Mata saya masih terkebil-kebil mengadap siling. Kadang batuk menyerang, sampai sakit dada menahannya. Dah hampir sebulan batuk-batuk. Pesan doktor, andai selepas habis ubat batuk pil dan antibiotik yang diberi tapi batuk masih tak hilang  sila datang klinik kembali untuk x ray. Nauzubillah. Saya tak mahu ia berpanjangan. Mungkin sebab saya kerap melanggar pantang. Makanan berminyak dan ais, saya telan semacam. Dalam kepala saya sekarang, kerja esok. 2 file kes untuk 'tunjuk sebab' di hadapan timbalan pendaftar mahkamah tinggi. Apa yang saya nak cakap? Memang risau. Tapi saya akan mengguna tiket sebagai "Pelatih dalam Kamar" untuk selamat esok.

Saya hairan dengan diri saya. Berkali di sakiti masih mampu berlagak tenang. Penyabar sangatkah saya? Kuat benarkah saya? Terasa bermuka tembok pun ada. Esok, lepas selesai 2 file itu, saya akan fikir semuanya baik-baik. Kali ini saya mahu lebih nekad. ESOK bakal menjawab segalanya. Nyata, luka yang mengalir darah merah, kian parah. Darah kian bertukar menjadi BARAH.

'No need for revenge. Juz sit back and wait. Those who hurt you will eventually screw up themselves and if you're lucky, God will let you watch'.




Nota 1: Buat pemberi email misteri, terima kasih atas kata-kata nasihat. TERHARU.

No comments:

Post a Comment