22 October 2011

Kembali Menulis

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah Ya Rabb, kerana masih memberi peluang kepada saya untuk kembali menulis. Minat yang begitu mendalam terhadap dunia blog menyebabkan saya kembali mecoret di sini. Cuba untuk bertukar angin untuk menulis di wordpress namun diri tak berjaya mengkhatam format di sana yang agak complicated berbanding blogspot yang lebih mudah. Melihat post-post lama, kenangan lama kembali terungkap. Terasa begitu jauh meninggalkan dunia kampus, dunia riang ria bersama rakan-rakan kuliah. Sekarang pun masih riang ria, cuma terasa sedikit kekangan masa, dihambat pelbagai tugasan kerja dan dateline. Tiada lafaz yang lebih layak melainkan Alhamdulillah Wa Syukru Lillah. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan lakukan sekarang. Saya seronok, kerana ini adalah cita-cita dan pilihan saya sejak kecil. Cuti hujung minggu ini, pasti saya akan mengemaskini blog usang ini sebaik mungkin. Rasa teruja ingin berkongsi cerita selama tak mencoret disini :)


Suka gambar ni sebab macam busy sangatlah! :)

No comments:

Post a Comment