2013 tidak lama lagi bakal berlalu pergi membawa sejuta
kenangan yang akan kekal terpahat di dalam hidup saya. Ujian, harapan, tangis
dan ketawa datang dan pergi. Di usia 26 tahun ini saya merasakan ‘kehidupan’
saya yang sebenar baru sahaja bermula. Sebelum ini, setiap keputusan yang saya
buat adalah untuk hal-hal ‘kecil’ dan untuk kebaikan diri saya seorang sahaja.
Sehinggalah apabila Allah mengizinkan untuk saya ‘dijentik’ dengan ujian. Ujian
yang menjadikan diri saya lebih dekat denganNya dan lebih mengutamakan Allah
dan Rasul dari segala-galanya. Kadangkala saya merasakan ujian ini menjadikan
saya seorang yang ‘berhati keras’. Saya semakin immune dengan kata-kata dan
sikap orang yang hasad dan tidak menguntungkan.
Saya juga antara yang terkesan dengan Allahyarham Ahmad
Ammar Ahmad Azam. Kembalinya Allahyarham ke rahmatullah telah meledakkan
jiwa-jiwa anak muda yang masih Allah izinkan di saat gelombang akhir zaman
menghanyutkan majoritinya. Allahyarham kembali di usia 20 tahun dengan ilmu dan
manfaat kepada masyarakat yang bukan calang-calang jiwa memilikinya. Sedang
saya di usia 26 tahun ini masih banyaknya lalai dan asyik merencana
kesempurnaan dunia. Saya bersyukur kerana saya berada disekeliling insan-insan
yang sentiasa ramah berkongsi ilmu dan teguran. Selagi tidak bergolek-golek di
dalam Syurga, jangan fikir kau mampu hidup selesa!
No comments:
Post a Comment