22 January 2011

International Certificates of Vaccination

Maha suci Allah yang menciptakan...

Alhamdulillah, harini urusan untuk mendapat suntikan vaksin telah dipermudahkan oleh Allah swt. Terima kasih jugak pada Nadiah, sahabat sejati sehidup semati yang sanggup temankan saya menjelajah Perlis. 4 buah klinik sampai kena pegi tadi. Walaupun memang tak biasa pun dengan pekan Kangar, tapi alhamdulillah dapat cari. Kata orang, kalau malu bertanya sesat jalan. Maka berkat ringan mulut maka senang je la cari jalan nak ke klinik. Saya memilih untuk ke Kangar sebab rasanya lagi mudah nak jalan kat sana berbanding ke Alor Setar yang lagi jauh dan bebelit belit jalannya. hehe. Risau jugak tadi. Terbayang mcm mana la doc tu nak inject sebenanya. Rupanya sikit je. hehe. Apapun Alhamdulillah syukur kerana Allah telah permudahkan urusan kami. 

Doc yang merawat adalah seorang doc berbangsa India Muslim. Dato Dr Mohammad Sha namanya. Haa jgn memain ada title Dato lagi tu. hehe. Dia sangat baik, dan lemah lembut. Terusla teringat kat ayah... Dahla harini asyik sedih sebab teringat ayah. huhu. 

O.5 ML Mencevax ACWY Meningococcal Vaccine selamat di ambil. Ya Allah, terasa diri semakin dekat kepadaMu dengan berkat pertolonganMu Ya Allah. Syukur Alhamdulillah :)


“Ya Rabbi, Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang! Bahawasanya, di bawah lindungan Kaabah, rumah Engkau yang suci dan terpilih ini, saya menadahkan tangan memohon kurnia.
Kepada siapakah saya akan pergi memohon ampun, kalau bukan kepada Engkau, ya Tuhan!
Tidak ada seutas tali pun tempat saya bergantung selain daripada tali Engkau; tidak ada satu pintu yang akan saya ketuk selain daripada pintu Engkau.
Berilah kelapangan jalan buat saya hendak pulang ke hadirat Engkau, saya hendak menuruti orang-orang yang dahulu dari saya, orang-orang yang bertali hidupnya dengan hidup saya.
Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Kuasa, kepada Engkaulah kami sekalian akan kembali.”
 
-Di bawah Lindungan Kaabah, HAMKA

No comments:

Post a Comment