18 January 2011

Day 1

Ya Allah, pelihara hati ini... Biarkan ia bersedih hanya kerana muhasabah diri atas kurangnya amal terhadapMu Ya Allah. Ya Allah, pelihara mata ini dari menitiskan airmata kerana kecewa pada manusia. Biarkan tangisan itu sekalipun bersama titisan darah biarlah ia hanya kerana sedih menginsafi kebesaranmu Ya Allah. Ya Allah, pelihara lah lidahku dari mengatakan keburukan dan menyebarkan aib orang. Ya Allah, pelihara lah tangan ini dari memusnahkan ciptaanMu dimuka bumi ini Ya Allah. Biarkan ia nya penuh berserah tatkala menadah memohon keampunan dariMu. Jadikanlah diri ini ikhlas dan tidak berpura-pura menambah amal kepadaMu, hanya keranaMu Ya Allah...

No comments:

Post a Comment