31 January 2011

Yang mahal itu... airmata kerana cinta padaMu

Subhanallah, mendengar bait bait kalimah lafaz talbiah, rasa berderau darah di tubuh ini. Bergetar dada menahan sebak. Subhanallah... permudahkanlah perjalanan ini Ya Allah.


Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
 
 
Jauhnya untuk Mengungkapkan Antara Dua Kata. Hanya Pena Mampu Menari. Lirikan hati Menyapa Diri. Minta diterjak Segala Paksi. Moga Segalanya Antara Aku dan DIA yang SATU. Andai itu yang tertakdir disebalik tadbirku yang terencana, aku akur setiap ketentuanMU. Jangan Engkau biarkan aku bersendirian kerana aku tahu Engkau selalu bersamaku. Hanya CintaMU yang kuraih. Bantu ya Allah dalam Meniti Hidup Dalam Perjuangan Agama Ini..Ameen

"KUTERUSKAN LANGKAH BIARPUN KU TAHU MENJEJAK CINTAMU AMAT PAYAH"

No comments:

Post a Comment